.jpg)
.jpg)
Assalamualikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
1. Syabas saya ucapakan kepada Marina Island Pangkor (MIP) kerana telah menjadi tuan rumah dan penganjur Pertandingan Melukis dan Mewarna pada 6 Februari 2010. Untuk makluman tuan/puan, saya merupakan ayah kepada seorang peserta yang hadir pada hari tersebut.
2. Daripada effort yang ditunjukkan oleh pihak penganjur, pelaksanaan program tersebut memang patut dipuji dari segi promosi kerana sepanjang pengamatan saya di kawasan Sitiawan, Manjung dan Lumut, tiada lagi sebelum ini satu promosi yang begitu besar untuk penganjuran pertandingan Melukis dan Mewarna. Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana saya mengikuti dan memerhati perkembangan sebarang pertandingan mewarna sekitar Manjung, Pantai Remis, Teluk Intan dan Ipoh semenjak 5 tahun lepas (iaitu semasa anak saya berusia 5 tahun).
3. Secara jujur saya agak impress dengan ucapan Manglish En. Ding sewaktu majlis penyampaian hadiah tentang inisiatif dan misi Marina Island Pangkor mengadakan pertandingan sedemikian. Sebagai orang bisnes, saya faham maksud ucapan beliau yang sarat tersirat "misi" dalam "misi" ... cool :)
4. Bagaimanapun, izinkan saya untuk berkongsikan beberapa pandangan yang mungkin boleh digunapakai untuk penganjuran pertandingan melukis dan mewarna di masa hadapan.
a) Bayaran penyertaan terbuka sebanyak RM30 seorang yang dikenakan sewaktu pertandingan lepas bagi saya agak keterlaluan. Lazimnya penyertaan mana-mana pertandingan mewarna untuk peringkat tadika dan pelajar sekolah rendah adalah PERCUMA dan kalau berbayar sekalipun caj yang dikenakan begitu minimum di antara RM5 - RM10 . Dalam suasana ekonomi sekarang yang gawat, saya rasa ramai ibu bapa terbantut hasrat membawa anak mereka untuk hadir pada hari tersebut. Dari sudut yang lain pula, pihak penganjur sebenarnya telah "membunuh" hasil kreativiti pertandingan dengan nilai RM30.
Saya juga tertanya-tanya bagaimana pihak penganjur membuat justification - penyertaan terbuka dikenakan bayaran RM30 manakala pelajar yang datang melalui jemputan sekolah adalah percuma. Soalnya adakah peserta terbuka (datang walk in pada hari tersebut) bukan pelajar sekolah? dan adakah pihak penganjur pasti telah menghantar jemputan ke semua sekolah?
Untuk makluman tuan/puan penganjur, biasanya cikgu sekolah "tak ambik pot sangat" program-program macam ni kecuali cikgu yang betul-betul komited (tapi berapa ramai?). Market sebenar untuk pertandingan seperti ini ialah ibu bapa itu sendiri kerana ibu bapa (yang mempunyai anak berbakat) mempunyai satu "falsafah" yang sama iaitu - Masuk Semua Pertandingan Mewarna...Menang Soal Kedua...Yang Penting Mesti Cuba.
b) Pengurusan AJK pengendali program pada hari tersebut juga boleh dipertingkatkan. Floor Manager sepatutnya peka dengan sebarang kehendak pelanggan, suasana dan perubahan sepanjang program. Seawal jam 8.15 pagi saya telah sampai ke lokasi pertandingan dan para AJK kelihatan telah siap siaga di posisi masing-masing dengan tugasan tersendiri. Setibanya saya di kaunter pendaftaran terbuka, AJK bertugas memberitahu saya bahawa pendaftaran hanya akan bermula tepat jam 9 pagi. Sehari sebelum acara, saya juga telah datang recce ke lokasi program dan menelefon pegawai bertugas utk membuat pendaftaran tetapi difahamkan bahawa mereka tidak menerima pendaftaran awal. Yang menghairankan saya ialah bagaimana pihak penganjur mengadili 10 peserta terawal mendaftar untuk hadiah khas jika kami yang datang awal tapi tidak dibenarkan mendaftar. Pendaftaran awal dan melantik beberapa "agent" pendaftaran (boleh bekerjasama dengan sponsors) adalah antara faktor kejayaan program.
c) Memang tidak dinafikan bahawa mana-mana pertandingan mewarna, majoriti peserta adalah pelajar berbangsa Cina. Pihak penganjur sepatutnya sensitif dengan menyediakan teks syarat-syarat penyertaan dalam bahasa Inggeris untuk pengerusi majlis. Saya biasa membawa anak menyertai pertandingan mewarna di sekolah-sekolah cina. Medium bahasa yang mereka gunakan ialah bahasa Cina dan Inggeris. MIP sebuah syarikat korporat seharusnya lebih profesional dalam isu begini.
d) Fenomena biasa berlaku sewaktu pertandingan mewarna ialah "semangat hendak sangat menang" di mana ibu atau bapa akan duduk di sisi anak mereka membantu sekali mewarna lebih-lebih lagi pertandingan di peringkat kampung. Sekiranya MIP ingin menganjur pertandingan yang adil, telus dan profesional, saya cadangkan semua peserta bertanding di dalam dewan khas tertutup tanpa sebarang "gangguan" ibu dan bapa. Penganjur boleh mengadakan event sampingan khusus untuk para ibu bapa pada hari tersebut seperti promosi hartanah, lawatan preview rumah dan sebagainya. Barulah ia menjadi satu pakej sempurna 2 dalam 1 (I should get payment for this consultation).
e) Yang terakhir saya ingin bertanya satu soalan kepada pihak penganjur. Adakah sama tahap kelancaran membaca sifir pelajar darjah 1 berbanding pelajar darjah 6? Tentunya tidak sama ... ini common sense je. Memang hairan Bin Ajaib kerana pihak penganjur tidak membahagikan kategori dalam pertandingan tersebut. Ini bukan pertandingan melukis terbuka peringkat amatur anjuran Kebudayaan Kesenian Negara. Mereka pelajar sekolah rendah dan sepatutnya terdapat 2 kategori : Kategori 1 (7-9 tahun) dan Kategori 2 (10-12 tahun). Tema pertandingan juga hendaklah berbeza mengikut kategori. Begitu juga saiz kertas lukisan. Saya rasa tidak ada ibu bapa yang hendak hantar anak mereka yang berumur 7 tahun, kena pula bayar RM30 untuk bertanding dengan pelajar darjah 6.
Anyway, ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menyediakan hadiah yang agak lumayan pada hari tersebut. Keep it up.
Terima kasih.
Shaharuddin Saari
Blogger & Internet Marketer
http://lostandsurvive.com
http://survivalshoppy.com